Search

Bila isteri mengandung.. bukan perubahan pada bent...

  • Share this:

Bila isteri mengandung.. bukan perubahan pada bentuk badan dia je berubah.. emosi dia juga terganggu.. selera makan terganggu.. tidur terganggu.. segalanya bertukar sepanjang 9bulan10hari.

Sebab tu, kenapa pentingnya suami perlu ada disisi isteri ketika dia hamil.. kudratnya yang berbadan dua membataskan pergerakannnya. Deria rasa terjejas akibat muntah teruk dan loya sepanjang masa. Deria bau sangat sensetif, sampaikan ada kes yang suami terpaksa tidur bilik lain sebab isteri tak tahan bau suami.

Suami, perlu sabar dan fikir positif. Jangan mudah melatah. Disebalik kejadian ini, isteri sedang bergelut dgn kesakitan yang luar biasa yang dia sendiri tidak mahu. Tapi untuk dapatkan status ibu dan ayah, bukan mudah.Disebalik kepahitan, pasti kemanisan dapat dirasai.

Hargailah sebaiknya.


Tags:

About author
not provided
Content yang unik dikompilasi khas daripada ramai pakar untuk menjadikan pengalaman wanita hamil, melahirkan yakin dengan ilmu sahih dari 9bulan10hari !
View all posts